Pengumuman : Permohonan Pendaftaran Semula, Pertukaran Pemegang Pendaftaran dan Certificate of Pharmaceutical Product (CPP) Secara Atas Talian Melalui Sistem Quest 3+

Bagi tujuan penyelarasan, Pusat Pendaftaran Produk, NPRA tidak lagi menerima permohonan Pendaftaran Semula, Pertukaran Pemegang Pendaftaran dan Certificate of Pharmaceutical Product (CPP) secara manual selepas 15 Februari 2017 dan pemohon perlu mengemukakan permohonan tersebut secara atas talian melalui sistem Quest 3+.