Latar Belakang dan Pengenalan Sistem QUEST

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) merupakan sebuah badan regulatori di Malaysia yang memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal serta memastikan kualiti dan keselamatan produk kosmetik dan tradisional yang dipasarkan di Malaysia.

 

QUEST 2

NPRA telah berjaya melaksanakan program pendaftaran produk farmaseutikal, kosmetik dan ubat tradisional serta pelesenan pemborong, pengilang dan pengimport secara atas talian sistem Quest 2. Projek ini bermula pada tahun 2001 dan selesai perlaksanaan pada tahun 2003. Tujuan utama projek adalah untuk memendekkan masa pemprosesan sesuatu permohonan dan memaksimumkan penggunaan ICT dalam urusan harian.

 

QUEST 3

Penambahbaikan seterusnya dilakukan dengan menaik taraf sistem sedia ada kepada sistem Quest 3 pada tahun 2008. Sistem baru yang dibangunkan ini masih menjurus kepada proses-proses pendaftaran produk dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam memastikan produk yang didaftarkan adalah selamat, berkesan dan bermutu.

 

QUEST 3+

Sistem QUEST 3+ telah digunakan sepenuhnya mulai Januari 2017 bagi tujuan pendaftaran produk ubat dan kosmetik serta pelesenan di Malaysia. Sehingga 19 Disember 2017, sebanyak 23,817 produk ubat dan 178,809 produk kosmetik telah berdaftar di Malaysia dalam QUEST 3+.

 

Pengguna sistem QUEST 3+ dibahagi kepada pengguna luaran dan pengguna dalaman NPRA. Pengguna luaran terdiri daripada agensi Kerajaan (contohnya: Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia), syarikat-syarikat farmaseutikal dan kosmetik tempatan dan antarabangsa, manakala pengguna dalaman adalah terdiri daripada pegawai NPRA.

 

Digital Certificate USB Token

Untuk menggunakan sistem QUEST 3+, pemegang produk, pengilang dan pelesen tempatan perlu mendaftarkan keahlian dan mendapatkan Digital Certificate USB Token.

Digital Certificate USB Token berfungsi sebagai lapisan keselamatan pada sistem QUEST 3+ dimana segala pemindahan maklumat eletronik adalah selamat dan terjamin.

Pengguna boleh memulakan aktiviti atau transaksi bayaran melalui sistem QUEST 3+ setelah pembelian Digital Certificate USB token dan aplikasi token berjaya dipasang pada komputer.

 

Pembayaran Atas Talian QUEST3+

NPRA adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggunakan gerbang pembayaran myGovXchange (MGX) dalam perkhidmatan pembayaran atas talian sistem QUEST 3+.

Sistem QUEST 3+ menawarkan pekhidmatan pembayaran atas talian Financial Process Exchange (FPX) melalui MGX dan kad kredit melalui gerbang pembayaran Mastercard Internet Gateway Service (MiGS). FPX dibangunkan oleh Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU).

Bagi pembayaran atas talian FPX, terdapat dua jenis pilihan pembayaran, iaitu Business to Customer (B2C) dan Business to Business (B2B). Manakala bagi pembayaran atas talian kad kredit, terdapat dua jenis pilihan pembayaran, iaitu MasterCard dan VISA.