FOLLOW US :        Language :          

SATU Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi Atas Isu Campurpalsu

 

KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Syarikat Pemegang

Notifikasi

Qu Puteh Whitening Pro 9

NOT151106644K

Merkuri

Vida Beauty

Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears)dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.

BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.    

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta danmemanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-78018496/78835532 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. serta mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang segera.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

22 Januari 2016

 

 


 

 

PRESS RELEASE

CONSUMERS CAUTIONED AGAINST USING COSMETIC PRODUCT CONTAINING SCHEDULED POISON

The public is advised to avoid buying and using the following cosmetic product:

Product Name

Notification Number

Scheduled Poison Detected

Name of Product Notification

Holder

Qu Puteh Whitening Pro 9

NOT151106644K

Mercury

Vida Beauty

The above cosmetic product has been tested and detected to contain mercury which is prohibited in cosmetic products. Cosmetic product Qu Puteh Whitening Pro 9 is no longer allowed to be sold in Malaysia.

The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB), Ministry of Health Malaysia had received a report of adverse effects of tinnitus (ringing in the ears) and hair loss from a consumer following the use of cosmetic products Qu Puteh Whitening Pro 9 and Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) for about three months. The conditions resolved after stopping use.

NPCB had sampled and tested both Qu Puteh Whitening Pro 9 and Qu Puteh Whitening UV Block.The results showed that one of the products namely Qu Puteh Whitening Pro 9 was found to contain a high level of mercury

Cosmetic products adulterated with mercury are usually marketed for skin lightening and anti ageing treatments such as for freckles, blemishes and wrinkles. Such products are prohibited and can cause harm to human health.  Exposure to mercury can damage  the kidneys and the nervous system. It may also interfere with the development of the  brain in unborn and very young children.

Exposure to mercury may also affect others, especially children. Mercury can get into their bodies from inhaling the mercury vapours. Infants and children can accidently ingest mercury when they touch the cosmetic product containing mercury or any person using these products. The use of products containing mercury may cause skin rashes, irritation and other changes to the skin.

The notification of Qu Puteh Whitening Pro 9 has been cancelled and the company responsible for placing the product in the market have been instructed to immediately stop its sale and supply and to remove all physical stocks from the market within 72 hours.

Anyone who is in possession of this product is advised to immediately stop selling/distributing/using it. Sellers are reminded that posession of this product  is an offence under the Control Of Drugs and Cosmetics Regulations 1984. Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or to imprisonment for a term not exceeding 3 years or both, and for a second or subsequent offence he shall be liable on conviction to a fine not exceeding RM50,000 or to imprisonment for a term not exceeding 5 years or to both. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and fined up to a maximum of RM100,000 for a subsequent offence.

Consumers are encouraged to report to the NPCB if they experience any allergic reactions or adverse effects from the use of cosmetic products at 03-78018496/78835532 or e-mail to Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. and to seek medical attention as soon as possible.  

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 January 2016


Download/view the full document in PDF.