Follow Us: social media social media social media        

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

1.   Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Bil. Gambar Produk Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual yang dikesan Nama Pemegang Notifikasi
 1 QuPuteh top  QuPuteh top
 Night Glowing  NOT160306080K  Merkuri Ezzueriche Wellness
 2 QuPuteh top  QuPuteh top
 Night Glow  NOT160306081K  Hydroquinone dan Tretinoin Ezzueriche Wellness
 3 QuPuteh top 
 Glowing Speed Gold Day Cream  NOT160104705K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 4 QuPuteh top 
 Glowing Speed Gold Night Cream NOT160104706K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 5 QuPuteh top  QuPuteh top
 Qu Gebu AP Krim  NOT160400837K  Hydroquinone dan Tretinoin Vida Beauty
 6 QuPuteh top  QuPuteh top
QuPuteh top
 Nour Ain Night Cream NOT140701453K  Hydroquinone dan Tretinoin Elsuhaz (M) Sdn. Bhd.
 7 QuPuteh top 
 Royal Expert Whitening Cream  NOT150501310K  Merkuri Ortus Expert Cosmetics Sdn. Bhd.

2.         Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

PERIHAL  BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

3.         Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan  kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

7.         Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8.         Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9.         Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10.       Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11.       Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

 

 

PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH

COSMETIC PRODUCTS FOUND TO CONTAIN SCHEDULED POISON

1.         The National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Ministry of Health Malaysia (MOH) would like to urge the public to refrain from buying and using the following cosmetic products which had been found to contain scheduled poison as below:

Bil. Product Images Product Name Notification Number Scheduled Poison Detected Name of Notification Holder
 1 QuPuteh top  QuPuteh top
 Night Glowing  NOT160306080K  Merkuri Ezzueriche Wellness
 2 QuPuteh top  QuPuteh top
 Night Glow  NOT160306081K  Hydroquinone dan Tretinoin Ezzueriche Wellness
 3 QuPuteh top 
 Glowing Speed Gold Day Cream  NOT160104705K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 4 QuPuteh top 
 Glowing Speed Gold Night Cream NOT160104706K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 5 QuPuteh top  QuPuteh top
 Qu Gebu AP Krim  NOT160400837K  Hydroquinone dan Tretinoin Vida Beauty
 6 QuPuteh top  QuPuteh top
QuPuteh top
 Nour Ain Night Cream NOT140701453K  Hydroquinone dan Tretinoin Elsuhaz (M) Sdn. Bhd.
 7 QuPuteh top 
 Royal Expert Whitening Cream  NOT150501310K  Merkuri Ortus Expert Cosmetics Sdn. Bhd.

2.         Notification of these cosmetic products have been cancelled by the Senior Director of Pharmaceutical Services, MOH following the detection of scheduled poison.

DESCRIPTION ABOUT SCHEDULED POISON AND ITS IMPACT ON HEALTH

3.         Products containing  hydroquinone and tretinoin are classified as pharmaceutical products that requires registration with the Drug Control Authority (DCA) and can only be used under the advice of healthcare professionals.

4.         Cosmetic products adulterated with hydroquinone are typically marketed for skin lightening, as well as, to treat blemishes and uneven skin tone.  Hydroquinone can cause skin redness, discomfort, skin discolouration and hypersensitivity. Hydroquinone inhibits the pigmentation process (depigmentation) which reduces the skin’s ability to be protected from harmful UV rays, thus, increasing the risk of skin cancer.

5.         Cosmetic products adulterated with tretinoin are commonly promoted for use in acne and to reduce wrinkles. Preparations containing tretinoin should only be used under the supervision of healthcare profesionals. The unsupervised usage of tretinoin can cause redness to the skin, discomfort, stinging, peeling and sensitivity to sunlight.

6.         Cosmetic products adulterated with mercury can cause harm to human health and they are commonly marketed for skin lightening and anti ageing treatments such as for freckles, blemishes and wrinkles.  Exposure to mercury can cause damage to the kidneys and the nervous system. It may also interfere with the development of the brain in unborn children and very young children.

7.         Furthermore, exposure to mercury is not only limited to the person using the skin cream containing mercury but also to others especially children as mercury can get into their bodies from breathing in the mercury vapours. Infants and children can ingest mercury when they touch the cosmetic products containing mercury or their parents who have used these products. Using products containing mercury can also cause skin rashes, irritation and other changes to the skin.

WARNING TO VENDORS AND DISTRIBUTORS OF THESE COSMETIC PRODUCTS

8.         All sellers and distributors are warned to stop sales and distribution of these products immediately. All sellers are reminded that selling or distributing these cosmetic products is an offence under the Control Of Drugs and Cosmetics Regulations 1984.

9.         Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or to imprisonment for a term not exceeding 3 years or both, and for a second or subsequent offence, shall be liable on conviction to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment for a term not exceeding 5 years or both. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and fined up to a maximum of RM100,000 for subsequent offences.

ADVISORY TO PUBLIC

10.       Consumers are advised to stop using these products and seek further advice from healthcare professionals, if experiencing any unpleasant effects or adverse events.   

11.       Any questions regarding cosmetic products can be submitted via email at This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. or call 03-78835400. Consumers and public may check the notification status of a cosmetic product via NPRA’s official website at http://npra.moh.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Director General Of Health

Ministry of Health Malaysia.

 

 

 

  Cancellation of Notified Cosmetic Products

qrcode