Follow Us: social media social media social media    Language :           

Pembaharuan Notifikasi Kosmetik

Date : 19 March 2013

Category : Other News and Important Announcements

1. Dimaklumkan bahawa pembaharuan notifikasi kosmetik HANYA boleh dilakukan secara online oleh pemegang notifikasi bagi produk kosmetik yang mempunyai tempoh sah notifikasi sekurang-kurang satu(1) bulan atau lebih sebelum tarikh tamat tempoh sah notifikasi produk. Senarai produk yang terlibat akan disenaraikan dalam 'List of product going to be expired within 3 months'.

2. Oleh itu, pengguna Quest 3 dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang tersenarai dalam senarai yang akan tamat tempoh sah dan mengemukakan pembaharuan notifikasi bagi produk kosmetik yang terlibat dengan KADAR SEGERA sekiranya produk tersebut telah tersenarai dalam senarai berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Walaupun pembaharuan tersebut dikemukakan terlebih awal, tempoh sah notifikasi baru bagi pembaharuan notifikasi produk akan dikira daripada tarikh tamat notifikasi yang terdahulu (Contoh : tempoh sah notifikasi terdahulu = 1 Julai 2010 - 1 Julai 2012, tempoh sah notifikasi baru ialah 1 Julai 2012- 1 Julai 2014 ).

3. Namun, pembaharuan notifikasi secara online tidak dapat dilakukan bagi produk yang hanya mempunyai tempoh sah notifikasi yang kurang daripada satu(1) bulan daripada tarikh tamat tempoh sah notifikasi terdahulu (iaitu produk yang disenaraikan di bawah 'List of product going to be expired within 1 month'). Oleh yang demikian, pemohon perlu menghubungi HELPDESK BPFK pada 03-7883 5400 (ext. 5560 / 5561/ 5562) bagi bantuan yang selanjutnya.

4. Produk kosmetik bernotifikasi yang telah dipindahkan butirannya dari sistem Quest 2 ke Quest 3, senarai produk kosmetik yang akan tamat tempoh sah notifikasi tidak akan disenaraikan dalam senarai pembaharuan notifikasi tersebut. Oleh itu, pemegang notifikasi perlu melakukan pembaharuan notifikasi sebelum tamat tempoh sah notifikasi sama ada melalui menu notification changes atau sebagai permohonan notifikasi baru.

qrcode