Follow Us: social media social media social media    Language :           

Seranta Awam Draf Garis Panduan Amalan Pengedaran Baik, Edisi ke-3, 2018

Salam sejahera dan Salam Negaraku Malaysia,

Tuan/Puan,

Sebagai langkah penambahbaikan praktis Amalan Pengedaran Baik (AEB) di Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menyediakan draf Garis Panduan Amalan Pengedaran Baik (AEB) edisi ke-3. Ini adalah merupakan semakan terhadap Garis Panduan Amalan Pengedaran Baik (AEB) edisi ke-2, tahun 2013. Semakan ini bertujuan untuk mengemaskini keperluan garis panduan AEB semasa untuk selaraskan dengan garis panduan rujukan antarabangsa.

Sehubungan itu, pihak industri yang berkepentingan khususnya pemegeng lesen pengilang, mengimport dan pemborong produk berdaftar dan kosmetik bernotifikasi adalah dijemput untuk memberi pandangan dan maklum balas berhubung draf garis panduan berkenaan sebelum dimuktamadkan. Seranta awam ini akan dibuka untuk komen sehingga 17 November 2017.

Sila masukkan komen dalam fail ‘Table for Comments’ yang disediakan, dan hantar ke Pusat Komplians dan Pelesenan, NPRA [Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. or Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.] dalam format word. Untuk memudahkan kompilasi komen anda, sila rujuk kepada bahagian dan/atau perenggan dalam draf garis panduan yang disediakan.

Satu sesi dialog bersama pihak industri berkepentingan akan diadakan bagi memberi kesempatan kepada pihak industri berkepentingan untuk memberi maklum balas lanjut berkenaan garis panduan tersebut. Makluman berkenaan tarikh dialog akan dibuat selepas tarikh penutupan seranta awam ini.




No Dokumen Tempoh Dibuka  Status  Download
1 Guideline on GDP, 3rd Edition, 2018 (Draft) Sehingga 17 November 2017   Dibuka   Download
2 Supplement Notes on Annex 1 (Draft) Sehingga 17 November 2017   Dibuka   Download
3 Changes of Guideline on GDP 2nd Ed. 2013 vs. 3rd Ed. 2018) Sehingga 17 November 2017   Dibuka   Download



  Muat Turun Borang Maklumbalas

qrcode