Follow Us: social media social media social media        

Pengumuman Berkenaan Penghantaran Borang Beserta Pembayaran Bagi Pengkelasan, Pendaftaran Produk Untuk Tujuan Eksport (FEO), Sijil Indikasi, Sijil Deklarasi

Mulai 16 MEI 2017, Pusat Pendaftaran Produk tidak lagi menerima sebarang penghantaran borang permohonan Pengkelasan/ Pendaftaran Produk Untuk Tujuan Eksport/ Sijil Indikasi/ Sijil Deklarasi beserta pembayaran. Pemohon perlu menghantar borang permohonan tersebut beserta pembayaran secara manual ataupun pos kepada UNIT HASIL DAN KEWANGAN, NPRA. Alamat penghantaran adalah seperti di bawah :

UNIT HASIL DAN KEWANGAN

BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA (NPRA),

LOT 36, JALAN UNIVERSITI,

46200 PETALING JAYA, SELANGOR

Fi pemprosesan hendaklah dibuat dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN. Pemohon diminta untuk melengkapkan Borang Penyerahan Permohonan dengan mengisi maklumat nama dan alamat syarikat, tarikh penyerahan borang, nama produk, nombor draf bank/kiriman wang/wang pos.

qrcode